Nuffnang Ads

Monday, October 25, 2010

Kunalan, Devan calon pilihan Anugerah FAM

KUALA LUMPUR – Pemain Negeri Sembilan, S. Kunalan dan jurulatih Selangor, K. Devan, menjadi pilihan utama untuk kategori Pemain Tengah dan Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bola sepak Kebangsaan 100PLUS/ FAM 2010.
Turut dicalonkan untuk kategori Pemain Tengah Terbaik ialah tiga pemain Selangor, Safiq Rahim, Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal dan pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar.
Bagi anugerah Jurulatih Terbaik, selain Devan, B. Sathianathan (Kelantan), Gary Phillip (Sabah), E. Elavarsan (Felda United) dan Ahmad Yusof (Kedah) turut dicalonkan.
Kunalan berkata, dia terharu kerana prestasinya pada musim ini mendapat perhatian sehingga tersenarai sebagai calon untuk anugerah tersebut.
‘‘Pencalonan ini bermakna ada pihak yang memerhatikan permainan saya. Ia membuatkan saya berusaha lebih gigih,’’ katanya.
Bagi anugerah Penjaga Gol Terbaik, penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee mendahului senarai pencalonan, selain Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Sani Anuar Kamsani (N. Sembilan), Hamsani Ahmad (Selangor) dan Syamsuri Mustaffa (T-Team).
Jurulatih dan ketua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M) akan memilih pemenang setiap kategori, selain menamakan Pemain Paling Bernilai.
Selain pemenang dalam tujuh kategori tersebut, FAM juga akan memilih pemenang beberapa kategori lain iaitu Persatuan Bola Sepak terbaik, Kelab Terbaik dan Penyokong Terbaik.

No comments:

Post a Comment