Nuffnang Ads

Monday, October 25, 2010

Jimin tawan LPGA Malaysia

 KANG Jimin bersama trofi LPGA Malaysia yang dimenanginya di KLGCC, semalam.

KUALA LUMPUR – Tujuh birdie pada pusingan terakhir membolehkan Kang Jimin merangkul kejuaraan pertama kejohanan LPGA Malaysia di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, semalam.
Pemain Korea Selatan itu membawa pulang wang kemenangan AS$$270,000 (RM840,000), selepas mengenepikan Juli Inkster dari Amerika Syarikat di tempat kedua, manakala Mika Miyazato dan Maria Hjorth berkongsi tempat ketiga.
Jimin, 30, mencatat sembilan di bawah par 204 keseluruhan, apabila membenam enam di bawah par 65 pada pusingan terakhir.
Ia adalah kejuaraan LPGA kedua yang diraihnya, selepas muncul juara di Corning Classic pada 2005.
Menurutnya, dia tidak mampu berkata apa-apa selepas mengesahkan kejuaraan, walaupun dicabar hebat oleh Inkster pada tiga lubang terakhir.
“Saya mencuba sedaya upaya untuk memastikan kejuaraan ini milik saya. Akhirnya saya berjaya selepas Inkster melakukan bogey pada lubang terakhir dan saya pula dapat birdie,” katanya.
Jelasnya, saingan antara pemain lain memang amat sengit, bagaimanapun selepas mendapat peluang, dia cuba untuk menyempurnakannya.
“Sebelum melakukan pukulan pada lubang terakhir, saya terfikir, mampukah saya meraih kejuaraan ini dengan birdie terakhir atau tidak? Akhirnya saya dapat melakukan birdie, saya agak gementar ketika itu.
“Kejuaraan kedua ini memang tidak ternilai, saya bermain dengan baik dan sentiasa melihat kedudukan saya menerusi papan markah.
‘‘Saya bersaing di antara pemain yang hebat di sini, tidak ada bezanya kejohanan di sini berbanding tempat lain,” katanya.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam.
Sementara itu, Inkster kecewa kerana terlepas peluang untuk muncul juara.
Katanya, walaupun telah memberi persembahan terbaik, birdie yang dilakukan Jimin pada lubang terakhir, mengubah segalanya.
“Saya berasa seronok beraksi di sini dan mungkin akan kembali lagi ke Malaysia,” kata Inkster, yang berusia 50 tahun.

No comments:

Post a Comment