Nuffnang Ads

Wednesday, November 10, 2010

Ferguson lancar perang psikologi ke atas City

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson seakan-akan mahu melancarkan perang psikologi ke atas Manchester City menjelang pertemuan kedua-dua kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana England di Stadium of Manchester awal pagi esok.
Ini kerana, pengurus kelahiran Scotland itu percaya yang City tidak akan berhenti berbelanja besar bagi membawa masuk beberapa lagi pemain bintang ke Eastland selagi mereka tidak menjulang sebarang trofi kejuaraan.
Setakat ini, pemilik City, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £320 juta (RM1,593.79 bilion) bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain bintang sejak mengambil kelab tersebut pada 2008.
Begitupun, perbelanjaan besar yang dikeluarkan itu dilihat masih belum mendatangkan hasil buat City yang terus kemarau tanpa menjulang sebarang trofi baik dalam saingan liga domestik mahupun di pentas Eropah.
"Kami (United) tahu dari mana datangnya wang yang dikeluarkan untuk membeli pemain-pemain baru itu.
"City telah membawa masuk lima atau enam muka baru pada musim perpindahan yang lalu dan perkara tersebut bakal berlanjutan sehingga- lah mereka menjulang trofi kejuaraan yang diidamkan selama ini," jelas Fer- guson.
Selepas mengharungi 11 perlawanan, United kini mengumpul 23 mata, dua mata di belakang pendahulu, Chelsea manakala City pula sekadar meraih 20 mata ditempat keempat.
Namun, sekiranya City mampu menumbangkan The Red Devils di laman sendiri awal pagi esok, skuad bimbi- ngan Roberto Mancini itu bakal melonjak ke tangga kedua liga sambil mengharapkan Arsenal yang menduduki tangga ketiga tewas di tangan Wolverhampton Wanderers dalam satu lagi perlawanan.
Ferguson yang telah membimbing United selama 24 tahun berkata, City seharusnya menjadikan kejuaraan liga musim ini sebagai sasaran mereka dan langkah ke arah tersebut bakal bermula daripada pertemuan kedua- dua kelab berjiran itu.
"Saya tidak percaya akan ada pihak yang mempersoalkan kemampuan City untuk muncul sebagai juara liga.
"Mereka kini berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga dan pertemuan dengan United sudah pastinya menjadi penentu kepada mereka mengenai hala tuju mereka dalam saingan liga musim ini," tambah- nya. - Agensi

Safiq galas tugas kapten; Malaysia Lwn Jepun


SAFIQ (kiri) mengambil alih tugas kapten daripada Norhafiz Zamani yang mengalami kecederaan pada aksi menentang Kyrgyzstan kelmarin.


SAFIQ RAHIM sudah bersedia untuk menggalas tugas selaku ketua pasukan apabila skuad bola sepak negara turun menentang Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.
Pemain tengah Selangor itu mengambil alih tugas tersebut daripada Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut pada minit ke-70 ketika skuad negara menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung kelmarin.
Menurut Safiq, 23, dia akan memberikan persembahan yang lebih baik apabila berdepan Jepun petang ini memandangkan dia kini menggalas satu lagi tugas tambahan untuk mengetuai rakan-rakannya yang lain.
“Ketiadaan Zamani memang dirasai kerana dia merupakan tonggak paling senior dalam pasukan. Tapi apa boleh buat, kita terpaksa juga beraksi tanpa khidmatnya.
“Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dengan segala apa yang saya miliki untuk mendapatkan satu keputusan yang baik buat skuad negara pada aksi menentang Jepun kelak.
“Sebagai kapten, saya akan cuba memberi bantuan kepada rakan-rakan lain supaya kami tidak mudah hilang fokus ketika di padang," kata Safiq kepada Kosmo! semalam.
Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan A berkongsi tiga mata dengan pendahulu kumpulan, Jepun yang membelasah tuan rumah, China 3-0 kelmarin. Kyrgyzstan berada di tangga ketiga dan China di tempat tercorot.
Diminta mengulas aksinya pada perlawanan menentang Kyrgyzstan kelmarin, Safiq berkata, dia berpuas hati dengan persembahannya dan juga rakan-rakan sepasukan lain.
“Cuma pada aksi menentang Jepun ini, kami perlu meningkatkan lagi persembahan serta memperbaiki rentak permainan untuk mencatat keputusan yang baik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua.
“Kami berjaya menguasai sepenuhnya bahagian tengah ketika bertemu Kyrgyzstan. Cuma pada awal babak kedua kami agak hilang punca, mungkin kerana terlampau ghairah mencari gol kemenangan,” jelas Safiq.

Monday, November 1, 2010

United tidak akan beli pemain baru

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson bertegas tidak akan membuat sebarang pembelian pemain baru pada jendela perpindahan Januari ini, walaupun beberapa nama dikaitkan dengan kelab itu selepas kemelut kontrak Wayne Rooney tercetus.

Rooney yang kecewa akibat kurangnya jaminan dalam perancangan perpindahan United - membuat pengumuman terbuka mahu meninggalkan kelab, sebelum mengubah fikiran - dan nama-nama seperti Edin Dzeko, Karim Benzema, Kaka dan Wesley Sneijder mula dikaitkan dengan United. Bagaimanapun, Ferguson yang menyaksikan pasukan kendaliannya menang 2-0 ke atas Tottenham untuk kekal lima mata di belakang pendahulu, Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris kelmarin, mendakwa tiada keperluan untuk membawa masuk pemain baru ke Old Trafford.
“Kami tidak akan membeli pada Januari,” kata Ferguson. “Hanya tinggal lima bulan untuk musim ini, saya akan mendapat kembali Antonio Valencia mungkin pada penghujung Februari, ia sama seperti mendapat pemain baru.

“Jika Michael Owen kembali, dia seorang lagi pemain baru untuk kelab. Jadi dengan skuad yang ada sekarang, saya tidak nampak mengapa perlu membeli sesiapa.”

Ferguson turut mendedahkan Rooney terpaksa berehat lima minggu akibat kecederaan buku lali.

“Saya rasa Wayne Rooney akan diketepikan untuk lima minggu lagi. Dia perlu mendapat tahap kecergasannya semula. Saya rasa tempoh lima minggu mencukupi,” kata Ferguson. – Agensi

Zulfahmi kutip satu mata

KUALA LUMPUR, 1 Nov - Pelumba kelas 125cc MotoGP dunia, Mohd. Zulfahmi Khairuddin menambah mata setelah berada di kedudukan ke-15 di GP Portugal, lewat malam semalam.
Penunggang pasukan Air Asia-Litar Antarabangsa itu kini mengumpul empat mata setelah mengutip masing-masing satu mata di GP Catalunya, GP Sachsenring di Jerman dan di GP Brno, Republik Czech, beberapa bulan lalu.
Sebelum itu, saingan kategori MotoGP menyaksikan dominasi kembali penunggang Yamaha yang juga juara dunia musim ini, Jorge Lorenzo.
Dia berjaya menundukkan musuh tradisinya yang juga rakan pasukan, Valentino Rossi dengan perbezaan 8.6 saat manakala pelumba Honda, Andrea Doviziozo pula berada di tempat ketiga.
Saingan Moto2 pula menyaksikan, Stefan Bradl ditempat pertama manakala Alex Baldolini serta Alex De Angelis, masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga
Minggu depan musim MotoGP 2010 bakal menutup tirai di Litar Comunitat Valenciana, Valencia.

Keputusan Liga Perdana

Keputusan perlawanan Liga Perdana England:

Aston Villa 0, Birmingham 0
Newcastle 5, Sunderland 1
Bolton 0, Liverpool 1

Friday, October 29, 2010

Torres, Reina'tinggalkan' Liverpool?

LIVERPOOL - Berita yang paling ditakuti peminat Liverpool akhirnya terbesar luas di Britain semalam, apabila bintang penyerang mereka, Fernando Torres dan penjaga gol, Pepe Reina dikatakan bakal meninggalkan kelab Reds itu apabila pasaran perpindahan pemain dibuka, Januari ini.
Menurut akhbar Daily Mirror, kedua-dua pemain Sepanyol itu bersedia meninggalkan Anfield berdasarkan 'fasal rahsia' yang terkandung dalam kontrak mereka.
Difahamkan, klausa berkenaan ditulis dalam kontrak kedua-dua pemain itu pada musim panas lalu selepas mereka menyuarakan untuk mengikuti jejak bekas pengurus Reds, Rafael Benitez yang meninggalkan kelab untuk menyertai Inter Milan.
Torres dan Reina dipujuk supaya kekal setia kepada Liverpool hanya selepas kelab berkenaan berjanji untuk melabur dalam pembelian lebih ramai pemain baru. Begitupun, kedua-dua tonggak Sepanyol itu menganggap Reds telah mungkir janji ekoran keengganan pemilik baru dari Amerika Syarikat memberikan 'cek kosong' kepada pengurus pasukan, Roy Hodgson.
Menurut laporan, John Henry sudah pun menegaskan, kelab England itu tidak akan melakukan pembelian pemain besar-besaran pada Januari ini, sekalipun sebelum ini berjanji akan mengeluarkan pelaburan besar untuk menguatkan pasukan.
Torres yang menjaringkan dua gol musim ini menjadi sasaran Manchester City, di mana MirrorSky Blues itu bersedia membayar 50 juta pound (RM246 juta) kepada Liverpool untuk mendapatkan sentuhannya. mendakwa, kelab
Reina, penjaga gol yang banyak menyelamatkan gawang Liverpool daripada dibolosi, baru-baru ini dikaitkan dengan dua pesaing Reds, Arsenal dan Manchester United dengan nilai 20 juta pound (RM98 juta).
Menurut Mirror Football, Torres dan Reina akan memaklumkan mengenai hasrat meninggalkan kelab pada Disember ini, sebelum menyertai pasaran perpindahan pemain. Dengan reputasi besar mereka, sudah tentu kedua-dua tonggak Piala Dunia Sepanyol ini bakal menarik minat banyak kelab terkemuka Eropah.
Sementara itu, Manchester United pula dikatakan sedang mengintai pemain tengah Nurnberg, Ilkay Gundogan. Pemain muda berusia 20 tahun itu semakin menyinar dalam saingan Liga Jerman musim ini dan dikatakan dalam perjalanan ke Old Trafford.
Dengan skil yang dimiliki oleh pemain yang memiliki warisan Turki itu, Gundogan dilihat sebagai Mesut Ozil baru, bintang muda Jerman yang diintai United tetapi akhirnya memilih untuk menyertai Real Madrid. Pengurus United, Alex Ferguson percaya, pemain muda itu adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Paul Scholes.

Thursday, October 28, 2010

Aston Villa 2-1 Burnley (aet)

Stewart Downing's extra-time goal for 10-man Aston Villa sealed a 2-1 win against brave Burnley at Villa Park.

Substitute Stewart Downing's extra-time goal sealed a Carling Cup quarter-final spot for 10-man Aston Villa and ended the challenge of brave Burnley at Villa Park.
The England winger settled the fourth-round tie with his powerful shot after 96 minutes.
Burnley defender Clarke Carlisle had cancelled out Villa substitute Emile Heskey's opener with just a minute of normal time remaining.
Villa had winger Marc Albrighton sent off four minutes after Downing had scored - for a professional foul - but last season's beaten finalists held on to reach the last eight.
Albrighton will now miss Sunday's derby against Birmingham at Villa Park through suspension.
Burnley bounced back in style from their weekend drubbing by Reading and Villa needed two fine saves in extra-time from keeper Brad Friedel to prevent the tie being settled by penalties.
Burnley keeper Lee Grant was called into meaningful action for the first time after 16 minutes when Ashley Young's first-time pass gave Stephen Ireland a run at goal.
But the former Manchester City player opted to shoot first time and Grant was able to save to his right.
Skipper Nigel Reo-Cooker should have put Villa ahead after 24 minutes when Young's low cross left him with only Grant to beat six yards out.
But the midfielder side-footed his shot and the keeper was able to save.
The rebound broke to Barry Bannan but he was also denied by Grant.
Dean Marney became the first player to be booked after 28 minutes when he brought down Young just outside the box after he had raced onto Ireland's pass.
Bannan made good contact with a swerving 25-yard effort early in the second half but Grant was well positioned to gather the ball low to his right.
Burnley skipper Graham Alexander than made a fine challenge on Ireland as he prepared to shoot after being found in space by Reo-Coker.
Burnley came close to taking the lead after 55 minutes.
Tyrone Mears' quick free-kick released Martin Paterson who turned inside Beye before firing a low cross-shot just past the far post.
It needed a double save from Friedel to keep Villa on level terms.
First he fingertipped away a shot from Paterson and then reacted quickly to keep out the rebound header from Rodriguez.
The Villa keeper also had to be alert to turn over a looping header from Rodriguez.
Downing had the chance to make a quickfire impact when Young's pass sent him clear of the Burnley defence.
But he was well off target after lofting the ball over Grant.
Villa finally broke the deadlock after 86 minutes through Heskey.
Albrighton released Young down the right and his low centre was side-footed home from close range.
With a minute remaining Burnley forced the game into extra-time.
Ross Wallace supplied the cross from the right and Carlisle climbed above the Villa defence to head past Friedel.
Villa restored their lead after six minutes of the first half of extra-time.
Downing was allowed time to check back onto his favoured left foot and, although Grant got a hand to the ball, he could not stop his fierce shot from entering the net.
Villa were reduced to 10 men after 110 minutes when Albrighton brought down Burnley substitute Wade Elliott as he raced through on goal.
Friedel made a fine save to keep out Wallace's free-kick and then Burnley appealed in vain for a penalty after Eric Lichaj appeared to handle.
The Villa keeper also did well to turn aside Elliott's close-range flick.
In the last minute Friedel kept out Mears' shot and Burnley substitute Chris Iwelumo had a header cleared off the line by Carlos Cuellar.