Nuffnang Ads

Tuesday, October 26, 2010

Harapan tinggi Hodgson buat Torres

LIVERPOOL: Roy Hodgson berharap jaringan pertama Fernando Torres dalam Liga Perdana sejak sepak mula Ogos lalu, akan mengubah nasib tidak menentu Liverpool musim ini.

Torres menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Liverpool menewaskan Blackburn di Anfield kelmarin, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pengurus pasukan itu. Penyerang Sepanyol itu, yang menjadi subjek kritikan berikutan persembahan hambarnya, mendapat ganjaran daripada persembahan baiknya apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua. Reds kekal di kelompok tiga pasukan tercorot, di sebalik peningkatan yang dipamerkan apabila merakam kemenangan kedua dalam liga dalam musim yang menyedihkan.

Dan Hodgson berharap, ia akan menjadi medan kepada Torres untuk mengembalikan semula prestasinya selaku penyerang yang digeruni di Eropah.

Dia berkata: “Dia bermain lebih baik dan hampir menjaringkan gol dalam beberapa peluang.

“Dia berjaya menjaringkan satu gol dan kami amat gembira. Kami harap dia menjaringkan lebih banyak gol bagi meletakkan kami di kedudukan yang sepatutnya.” – AFP

No comments:

Post a Comment