Rooney yang kecewa akibat kurangnya jaminan dalam perancangan perpindahan United - membuat pengumuman terbuka mahu meninggalkan kelab, sebelum mengubah fikiran - dan nama-nama seperti Edin Dzeko, Karim Benzema, Kaka dan Wesley Sneijder mula dikaitkan dengan United. Bagaimanapun, Ferguson yang menyaksikan pasukan kendaliannya menang 2-0 ke atas Tottenham untuk kekal lima mata di belakang pendahulu, Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris kelmarin, mendakwa tiada keperluan untuk membawa masuk pemain baru ke Old Trafford.
“Jika Michael Owen kembali, dia seorang lagi pemain baru untuk kelab. Jadi dengan skuad yang ada sekarang, saya tidak nampak mengapa perlu membeli sesiapa.”
Ferguson turut mendedahkan Rooney terpaksa berehat lima minggu akibat kecederaan buku lali.
“Saya rasa Wayne Rooney akan diketepikan untuk lima minggu lagi. Dia perlu mendapat tahap kecergasannya semula. Saya rasa tempoh lima minggu mencukupi,” kata Ferguson. – Agensi
No comments:
Post a Comment